Saturday, April 16, 2011

VLAD DRACULA


SIAPAKAH DIA DRACULA ???
Bila sebut sahaja  perkataan ‘Dracula’ ,sudah pasti tergambar di fikiran kita filem perihal lelaki yang berpakaian segak. Namun gemar membunuh mangsanya dengan cara menghisap darah melalui gigitan di lehernya. Kita tidak tahu sebenarnya di sana ada ‘ Dracula ’ yang benar-benar wujud dan hidup dalam sejarah. Dia melakukan aksi biadap ke atas Turki Usmaniah dan umat Islam
      Sejarah barat kebanyakannya cuba memadamkan usaha Sultan Muhammad Al-Fateh memusnahkan akar kezaliman , pemberontakan dan aksi-aksi tidak berperikemanusiaan kepada umat Islam dan Kristian di seluruh wilayah lindungan Usmaniah. Orhan Basarab mengisahkan dengan mendalam perihal aksi biadap Vlad Dracula dalam bukunya yang diterjemahkan sebagai Sultan Mehmet II: sang pembantai Dracula. Sejarah Vlad Dracula bukan sekadar cerita turun temurun  yang diwarisi rakyat Romania pada hari ini sahaja. Namun itu juga bukti sejarah melalui manuskrip-manuskrip yang penting yang masih tersimpan baik di Jerman dan Russia.
         Vlad Dracula lahir dan dibesarkan ketika Wallachia berada dalam keadaan kucar-kacir. Pembantaian dan pembunuhan menjadi tontonannya setiap hari. Seorang raja yang masih berkuasa semalam, pada pagi hari kepalanya sudah dipenggal dan diarak mengelilingi kota oleh para pemberontak. Setiap hari Dracula melihat kepala-kepala tanpa badan dipacak di hujung tombak. pengaruh keganasan yang meresapi pemikirannya sejak kecil, menyebabkan apabila tiada hukuman mati di Wallachia, dia sendiri menangkap tikus dan burung, kemudian menyiksa haiwan tersebut dengan tombak kecil sampai mati.
          Pada usia 11 tahun, Vlad Dracula dan adiknya, Radu, dikirim oleh bapa mereka ke Turki  bagi memeluk Islam dan berkhidmat kepada kerajaan Usmaniah. ini sebagai jaminan kesetiaan Wallachia kepada kerajaan Turki Usmaniah yang membantu ayah mereka merebut takhta Wallachia dari tangan salib iaitu Janos Hunyadi. Dengan kelebihan sebagai penganut Islam, Dracula berkesempatan menunutut ilmu ketenteraan daripada askar-askar Usmaniah yang handal. Ini bertepatan dengan dasar ketenteraan Usmaniah yang membenarkan mana-mana rakyatnya yang beragama Islam terbabit dalam ketenteraan Usmaniah. Dalam masa yang singkat, beliau mampu menguasai seni peperangan dan pertempuran turki. Bahkan pengetahuannya dikatakan mengatasi perajurit Usmaniah yang lain. Ini menarik minat Sultan Muhammad al-fateh dengan kelebihannya. beliau yang berusia 17 tahun itu mampu merebut Wallachia daripada tangan kerajaan salib Hungary yang dipimpin oleh Janos Hunyadi. Kebetulan pula Hunyadi telah membunuh ayah dan kakaknya, Mircea.
                                                      ni antara contoh dracula....nampak baik tapi jahat 

           Dengan bantuan tentera Turki Usmaniah, Vlad Dracula berjaya merebut takhta Wallachia dan sebahagian besar daripada tentera Turki. Tanpa diduga, Dracula murtad dan menonjolkan pengkhianatannya kepada Sultan Muhammad. Dia menyatakan wallachia berpisah daripada khilafah TurkiUsmaniah. Saki baki tentera Usmaniah di Wallachia ditangkap, dipenjarakan di bawah tanah dan kemudiaannya diarak tanpa berpakaian langsung menuju ke tempat hukuman di ibu kota Wallachi,Tirgoviste. Pada masa ini, perbuatan biadap dilakukan Dracula ialah pabila perajurit Usmaniah itu mati disula dengan ditusuk dubur mereka menggunakan lembing tajam. Kemudian mayat mereka dipacakkan di tengah- tengah kota bagi menimbulkan perasaan takut kepada mereka yang menentang Dracula. Dengan sokongan pertahanan pasuka salib dari Translyvania dan Moldavia, bukan sekadar umat Islam yang tinggal di Wallachia menjadi mangsa, bahkan para tuan tanah dan rakyat kristian Katolik Wallachia sendiri diburu dan dibunuh.
            Dikisahkan juga Dracula pernah menghimpunkan para bangsawan, tuan tanah serta ahli keluarga mereka disebuah gereja, kononnya sebagai jemputan jamuan makan. Selepas semuanya selesai makan, Dracula memerintahkan semua yang berada disitu ditangkap. Para bangsawan yang pernah terbabit dalam pembunuhan ayah dan kakaknya dibunuh dengan cara sulaan. Manakala anak-anak serta isteri-isteri para pembesar tersebut dipaksa menjadi buruh untuk membina tembok bagi menghalang tentera Islam menyerangnya. Dia juga telah melepaskan racun kedalam sungai untuk membunuh tentera2 islam yang berkhemah ditepi sungai tersebut. Sultan Muhammad II menghantar sepasukan tentera yang diketuai oleh adiknya sendiri, Radu untuk menentang Dracula. Ternyata Dracula telah bertindak dengan lebih kejam dgn menangkap tentera2  islam dan dibogelkan kemudian disula dipunggung mereka hidup-hidup ketika perang. Perbuatan Dracula ini menyebabkan pasukan tentera Islam Uthmaniah semakin lemah kerana tidak sanggup melihat lebih ramai akan menjadi mangsa kekejaman Dracula.
            Akhirnya sultan Muhammad II memimpin sendiri bala tentera untuk menyerang Dracula dan memberi bantuan kpd Radu. Sultan Muhammad al fateh Berjaya mengalah kan tentera2 dracula namun Dracula berjaya melarikan diri melalui sebuah terowong tersembunyi yang dibinanya. Sultan Muhammad yg menyedari perkara itu mengarahkan beberapa panglima mengikutnya bagi menjejaki Dracula. Dracula berjaya ditemui ketika dia sedang berehat di tebing sungai dan gagal melarikan diri. Apabila Dracula telah dibunuh, sultan Muhammad telah memenggal kepala Dracula dan menayang kepada penduduk Konstantinopel untuk memberitahu bahawa seorang pengkhianat agama Islam telah mati dengan sangat terseksa….sekian. ALLAHUAKBAR…..   

No comments: