Monday, March 14, 2011

TEORI BIGBANG DAN ISYARAT AL-QURAN


Dalm surah Al-Anbiya’ ayat 21 Allah S.W.T berfirman, “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Aljamik li Ahkamil Quran jilid 5 halaman 4323 Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan2 Ibn Abbas, Al-Hassan,’Atha ,Ad-Dahhak dan Qatadah “ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu Yg melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan diantara keduanya dan dijadikan antara keduanya udara.”

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah.”
Satu teori yg diterima umum tentang asal kejadian alam adalah teori BigBang. Dikatakan bahawa ala mini aslnya bercantum, kemudian berlakulah satu letupan yg kuat. Bermula dari situlah berlakulah pengembangan dan penyejukan yang melahirkan bintang2 galaksi dan seumpamanya.
Teori ini pada aslnya diasaskan dari formula ’General Theory of Relativity’ yg diutarakan oleh Albert Einstien.kemudian Alexander Friedmann, seorang pakar fizik Russia mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkannya dgn teori BigBang ini.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi Amerika, Edwin Hubble telah menemui bukti2 yang menyokong teori BigBang. Beliau mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekaligus mengukuhkan lagi kalam Allah bahawa alam ini bercantum pada asalnya kemudian berlaku letupan yang kuat yg menyebabkan bumi berkembang.
Pada tahun 1928,Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yg berlawanan dgn teori BigBang iaitu teori ‘Steady State’yg mengatakan bahawa alam ini tiada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang…tidak logic.
Pada tahun 1964 dengan penemuan gelombambang2 tertentu di udara yg mengesahkan kewujudan BigBang dan kebenaran Al-Quran. Teori ini terus ditolak.Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuannya telah diperkatakan oleh Al-Quran yg diturunkan lebih 1400 tahun dahulu……ALLAHUAKBAR.!!!       

No comments: