Monday, May 09, 2011

IKONKU SEPANJANG HAYAT….


YA, RASULULLAH
ASSALAMU’ALAIKUM KEPADA SAHABAT2 YANG MENGUNJUNGI BLOG SAYA…..TERIMA KASIH
KALI INI SAYA AKAN MEMBICARAKAN TENTANG SATU TAJUK YANG MELIBATKAN PERKAITAN INSAN LAIN DENGAN HIDUP KITA. “ IKONKU SEPANJANG HAYAT ” ITULAH TAJUK YANG AKAN SAYA KETENGAHKAN UNTK KALI INI…
SAYA PASTI SETIAP ORANG YANG PERNAH HIDUP DI DUNIA INI MEMPUNYAI IKON MASING-MASING. IKON ADALAH CERMINAN KITA TETAPI IA TERLETAK PADA DIRI INDIVIDU LAIN.
SEBAGAI SEORANG YANG LAHIR DALAM AGAMA ISLAM, KITA  SEPATUTNYA DAN WAJIB MENJADIKAN NABI KITA, NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI IKON KITA. BAGINDA TELAH MENGORBANKAN HIDUP BAGINDA UNTUK MEMASTIKAN KITA  LAHIR DALAM AGAMA ISLAM YANG SEJAHTERA SERTA AMAN DAN DAPAT MELAKUKAN IBADAH KEPADA ALLAH DENGAN TENANG DAN TENTERAM.
BAYANGKAN JIKA KITA LAHIR DALAM KELUARGA BUKAN ISLAM. ADAKAH KITA DAPAT MEMASTIKAN YANG KITA DAPAT MENJADI SEORANG ISLAM SEBELUM KITA MENINGGAL DUNIA?? AYUH KAWAN-KAWAN, MARILAH KITA KEMBALI CELIK DAN LIHATLAH PENGORBANAN MANUSIA TERAGUNG SEPANJANG ZAMAN. DALAM SEBUAH BUKU YANG TERKENAL ‘THE100’ KARYA MICHAEL HART. HASIL KAJIANNYA YANG BELIAU TELAH CATATKAN DALAM BUKU INI MENUNJUKKAN BAHAWA MANUSIA YANG PALING HEBAT DALAM MUKA BUMI INI ADALAH MUHAMMAD SAW KERANA TELAH BERJAYA MEMBAWA SATU KEPERCAYAAN AGAMA YANG MELIPUTI SELURUH ASPEK-ASPEK KEHIDUPAN DUNIA. DAN BELIAU JUGA TELAH MEMBENARKAN BAHAWA ISLAM BUKAN CIPTAAN MANA-MANA INDIVIDU YANG PERNAH WUJUD DI DUNIA INI.(ciptaan Allah SWT)
KITA TIDAK DAPAT NAFI KAN LAGI KEAGUNGAN NABI MUHAMMAD. MARI SAYA BAWAKAN SATU CONTOH YANG MUDAH TETAPI AMAT TIDAK LOGIK BAGI INDIVIDU LAIN YANG HIDUP DI DUNIA INI. KITA, SETIAP TAHUN AKAN MERAIKAN MAULIDUR RASUL IAITU HARI KELAHIRAN BAGINDA. PELIK…MANA ADA DALAM DUNIA INI KITA MALAH SELURUH DUNIA MERAI DAN MENYAMBUT KELAHIRAN MANUSIA YANG TELAH WAFAT LEBIH 1400 TAHUN DAHULU?? KECUALI BAGINDA RASULULLAH SAW…

APABILA BERCAKAP MENGENAI RASULULLAH…KITA PASTI TIDAK AKAN TERLEPAS DARI MEMBICARAKAN TENTANG SYAFAAT BAGINDA.TAHUKAH SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, NABI MUHAMMAD TAK PERNAH LUPA BERDOA UNTUK UMAT2NYA(KITA) DAN AKAN BERUASAHA UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADA  KITA!! TETAPI KITA LUPAKAN BAGINDA, KITA MASIH MENJADIKAN AHLI SUKAN, ARTIS MALAH INDIVIDU YANG MEMBAWA KITA KE LEMBAH MAKSIAT JUGA, TURUT KITA JADIKAN SEBAGAI IKON HIDUP…NA’UZUBILLAHIMINZALIK. SAHABAT SEKALIAN,NABI MUHAMMAD CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADA KITA PADA HARI AKHIRAT KELAK HINGGAKAN SESIAPA YANG BERNAMA MUHAMMAD AKAN DIKELUARKAN DARI NERAKA LEBIH AWAL. KITA AMAT PERLUKAN SYAFAAT BAGINDA PADA HARI MAHSYAR KELAK UNTUK MASUK KE SYURGA KERANA NABI PERNAH BERSABDA BAHAWA SEORANG YANG MEMPUNYAI PAHALA SEBANYAK PAHALA 70 ORANG NABI PON  BELUM TENTU AKAN BERJAYA MNYEBERANGI TITIAN ASSIRAT…
SAUDARA2 KU, ADA SATU HADIS MENYATAKAN BAHWA NABI PERNAH BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PARA SAHABAT BAGINDA. KEMUDIAN BAGINDA BERTANYA KEPADA PARA SAHABAT. “WAHAI SAHABAT2 KU, TAHUKAH KALIAN SIAPAKAH YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH.”PARA SAHABAT TERDIAM. LALU  SEORANG SAHABAT BERKATA, “MALAIKAT YA RASULULLAH.” BAGINDA BERKATA, “YA, MALAIKAT. MEREKA MULIA KERANA MEREKA SENTIASA BERTASBIH DAN SUJUD KEPADA ALLAH. TAPI BUKAN ITU YANG AKU MAKSUDKAN.” PARA SAHABAT TERDIAM KEMBALI. TIBA2 SEORANG LAGI SAHABAT BERKATA, “PARA NABI YA RASULULLAH.” BAGINDA MENJAWAB, “YA, PARA NABI MEREKA MULIA KERANA MEREKA ADALAH UTUSAN ALLAH DI MUKA BUMI INI. TAPI BUKAN ITU YANG AKU MAKSUDKAN.”
PARA SAHABAT TERTANYA-TANYA. SEORANG SAHABAT YANG LAIN BANGUN DAN BERKATA, “APAKAH KAMI YANG MULIA ITU YA RASULULLAH.” BAGINDA BERKATA, “TENTULAH KALIAN MULIA  KERENA KALIANLAH YANG PALING DEKAT DENGANKU DAN KALIAN YANG MEMBANTUKU MEMPERJUANGKAN ISLAM. TAPI ADA YANG LEBIH MULIA DARI KALIAN.”
BAGINDA  LALU MENUNDUKKAN WAJAH BAGINDA LALU MENITISKAN AIR MATA DI HADAPAN PARA SAHABAT. MEREKA BERTANYA KEPADA RASULULLAH, “MENGAPA KAU MENANGIS WAHAI RASULULLAH??”. BAGINDA MENGANGKAT WAJAH BAGINDA YANG DIBASAHI DENGAN AIRMATA SUCI LALU BERSABDA, “WAHAI SAHABATKU, TAHUKAH KALIAN SIAPA YANG MULIA ITU. MEREKA ADALAH MANUSIA- MANUSIA YANG LAHIR SELEPAS  LAMA KEWAFATANKU, MEREKA TAK PERNAH MELIHATKU DAN AKU TAK PERNAH MELIHAT MEREKA. MEREKA AMAT MERINDUIKU DAN AKU AMAT MERINDUI MEREKA………  MEREKALAH UMATKU.”
LIHAT SAHABAT SEKALIAN, NABI TELAH MEMULIAKAN KITA, MERINDUI KITA, WALAUPUN NABI MUHAMMAD TAK PERNAH MELIHAT KITA. APAKAH KITA TELAH MERINDUI BAGINDA?. ATAU KITA SUDAH MELUPAKAN  RASULULLAH?
WAHAI SAHABAT2 KU, MARI KITA BERTANYA KEPADA DIRI KITA….
SUDAH BERAPA LAMA KITA LEKA TERHADAP RASULULLAH ??
SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI DARIPADA BERSELAWAT KEPADA BAGINDA ??
SUDAH BERAPA LAMA KITA LUPA KEPADA RASULULLAH ??
SUDAH BERAPA LAMA KITA MENINGGALKAN NABI MUHAMMAD JAUH DARI HATI KITA ??

MARI KITA INGAT DAN MENGINGATI RAKAN2 KITA BAHAWA NABI MUHAMMAD AMAT MERINDUI KITA MELEBIHI SEGALA MAKHLUK DI DUNIA INI.
BERJANJILAH KEPADA DIRI KITA UNTUK MENJADIKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI IKON KITA SAMPAI AKHIR HAYAT.
INGAT…..KITA MUNGKIN INSAN YANG PALING BERTUAH, TETAPI KITA JUGA BARANGKALI INSAN DAN UMAT YANG PALING LALAI…SAYA BERHARAP SAUDARA2 AKAN MENJADIKAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SEBAGAI RUTIN HARIAN YANG WAJIB….SALAM.
ALLAHUMMASOLLI’ALA MUHAMMAD WA ‘ALA AALIHI WASOHBIHI WASSALAM….



Saturday, April 16, 2011

VLAD DRACULA


SIAPAKAH DIA DRACULA ???
Bila sebut sahaja  perkataan ‘Dracula’ ,sudah pasti tergambar di fikiran kita filem perihal lelaki yang berpakaian segak. Namun gemar membunuh mangsanya dengan cara menghisap darah melalui gigitan di lehernya. Kita tidak tahu sebenarnya di sana ada ‘ Dracula ’ yang benar-benar wujud dan hidup dalam sejarah. Dia melakukan aksi biadap ke atas Turki Usmaniah dan umat Islam
      Sejarah barat kebanyakannya cuba memadamkan usaha Sultan Muhammad Al-Fateh memusnahkan akar kezaliman , pemberontakan dan aksi-aksi tidak berperikemanusiaan kepada umat Islam dan Kristian di seluruh wilayah lindungan Usmaniah. Orhan Basarab mengisahkan dengan mendalam perihal aksi biadap Vlad Dracula dalam bukunya yang diterjemahkan sebagai Sultan Mehmet II: sang pembantai Dracula. Sejarah Vlad Dracula bukan sekadar cerita turun temurun  yang diwarisi rakyat Romania pada hari ini sahaja. Namun itu juga bukti sejarah melalui manuskrip-manuskrip yang penting yang masih tersimpan baik di Jerman dan Russia.
         Vlad Dracula lahir dan dibesarkan ketika Wallachia berada dalam keadaan kucar-kacir. Pembantaian dan pembunuhan menjadi tontonannya setiap hari. Seorang raja yang masih berkuasa semalam, pada pagi hari kepalanya sudah dipenggal dan diarak mengelilingi kota oleh para pemberontak. Setiap hari Dracula melihat kepala-kepala tanpa badan dipacak di hujung tombak. pengaruh keganasan yang meresapi pemikirannya sejak kecil, menyebabkan apabila tiada hukuman mati di Wallachia, dia sendiri menangkap tikus dan burung, kemudian menyiksa haiwan tersebut dengan tombak kecil sampai mati.
          Pada usia 11 tahun, Vlad Dracula dan adiknya, Radu, dikirim oleh bapa mereka ke Turki  bagi memeluk Islam dan berkhidmat kepada kerajaan Usmaniah. ini sebagai jaminan kesetiaan Wallachia kepada kerajaan Turki Usmaniah yang membantu ayah mereka merebut takhta Wallachia dari tangan salib iaitu Janos Hunyadi. Dengan kelebihan sebagai penganut Islam, Dracula berkesempatan menunutut ilmu ketenteraan daripada askar-askar Usmaniah yang handal. Ini bertepatan dengan dasar ketenteraan Usmaniah yang membenarkan mana-mana rakyatnya yang beragama Islam terbabit dalam ketenteraan Usmaniah. Dalam masa yang singkat, beliau mampu menguasai seni peperangan dan pertempuran turki. Bahkan pengetahuannya dikatakan mengatasi perajurit Usmaniah yang lain. Ini menarik minat Sultan Muhammad al-fateh dengan kelebihannya. beliau yang berusia 17 tahun itu mampu merebut Wallachia daripada tangan kerajaan salib Hungary yang dipimpin oleh Janos Hunyadi. Kebetulan pula Hunyadi telah membunuh ayah dan kakaknya, Mircea.
                                                      ni antara contoh dracula....nampak baik tapi jahat 

           Dengan bantuan tentera Turki Usmaniah, Vlad Dracula berjaya merebut takhta Wallachia dan sebahagian besar daripada tentera Turki. Tanpa diduga, Dracula murtad dan menonjolkan pengkhianatannya kepada Sultan Muhammad. Dia menyatakan wallachia berpisah daripada khilafah TurkiUsmaniah. Saki baki tentera Usmaniah di Wallachia ditangkap, dipenjarakan di bawah tanah dan kemudiaannya diarak tanpa berpakaian langsung menuju ke tempat hukuman di ibu kota Wallachi,Tirgoviste. Pada masa ini, perbuatan biadap dilakukan Dracula ialah pabila perajurit Usmaniah itu mati disula dengan ditusuk dubur mereka menggunakan lembing tajam. Kemudian mayat mereka dipacakkan di tengah- tengah kota bagi menimbulkan perasaan takut kepada mereka yang menentang Dracula. Dengan sokongan pertahanan pasuka salib dari Translyvania dan Moldavia, bukan sekadar umat Islam yang tinggal di Wallachia menjadi mangsa, bahkan para tuan tanah dan rakyat kristian Katolik Wallachia sendiri diburu dan dibunuh.
            Dikisahkan juga Dracula pernah menghimpunkan para bangsawan, tuan tanah serta ahli keluarga mereka disebuah gereja, kononnya sebagai jemputan jamuan makan. Selepas semuanya selesai makan, Dracula memerintahkan semua yang berada disitu ditangkap. Para bangsawan yang pernah terbabit dalam pembunuhan ayah dan kakaknya dibunuh dengan cara sulaan. Manakala anak-anak serta isteri-isteri para pembesar tersebut dipaksa menjadi buruh untuk membina tembok bagi menghalang tentera Islam menyerangnya. Dia juga telah melepaskan racun kedalam sungai untuk membunuh tentera2 islam yang berkhemah ditepi sungai tersebut. Sultan Muhammad II menghantar sepasukan tentera yang diketuai oleh adiknya sendiri, Radu untuk menentang Dracula. Ternyata Dracula telah bertindak dengan lebih kejam dgn menangkap tentera2  islam dan dibogelkan kemudian disula dipunggung mereka hidup-hidup ketika perang. Perbuatan Dracula ini menyebabkan pasukan tentera Islam Uthmaniah semakin lemah kerana tidak sanggup melihat lebih ramai akan menjadi mangsa kekejaman Dracula.
            Akhirnya sultan Muhammad II memimpin sendiri bala tentera untuk menyerang Dracula dan memberi bantuan kpd Radu. Sultan Muhammad al fateh Berjaya mengalah kan tentera2 dracula namun Dracula berjaya melarikan diri melalui sebuah terowong tersembunyi yang dibinanya. Sultan Muhammad yg menyedari perkara itu mengarahkan beberapa panglima mengikutnya bagi menjejaki Dracula. Dracula berjaya ditemui ketika dia sedang berehat di tebing sungai dan gagal melarikan diri. Apabila Dracula telah dibunuh, sultan Muhammad telah memenggal kepala Dracula dan menayang kepada penduduk Konstantinopel untuk memberitahu bahawa seorang pengkhianat agama Islam telah mati dengan sangat terseksa….sekian. ALLAHUAKBAR…..   

Monday, March 14, 2011

TEORI BIGBANG DAN ISYARAT AL-QURAN


Dalm surah Al-Anbiya’ ayat 21 Allah S.W.T berfirman, “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Aljamik li Ahkamil Quran jilid 5 halaman 4323 Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan2 Ibn Abbas, Al-Hassan,’Atha ,Ad-Dahhak dan Qatadah “ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu Yg melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan diantara keduanya dan dijadikan antara keduanya udara.”

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah.”
Satu teori yg diterima umum tentang asal kejadian alam adalah teori BigBang. Dikatakan bahawa ala mini aslnya bercantum, kemudian berlakulah satu letupan yg kuat. Bermula dari situlah berlakulah pengembangan dan penyejukan yang melahirkan bintang2 galaksi dan seumpamanya.
Teori ini pada aslnya diasaskan dari formula ’General Theory of Relativity’ yg diutarakan oleh Albert Einstien.kemudian Alexander Friedmann, seorang pakar fizik Russia mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkannya dgn teori BigBang ini.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi Amerika, Edwin Hubble telah menemui bukti2 yang menyokong teori BigBang. Beliau mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekaligus mengukuhkan lagi kalam Allah bahawa alam ini bercantum pada asalnya kemudian berlaku letupan yang kuat yg menyebabkan bumi berkembang.
Pada tahun 1928,Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yg berlawanan dgn teori BigBang iaitu teori ‘Steady State’yg mengatakan bahawa alam ini tiada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang…tidak logic.
Pada tahun 1964 dengan penemuan gelombambang2 tertentu di udara yg mengesahkan kewujudan BigBang dan kebenaran Al-Quran. Teori ini terus ditolak.Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuannya telah diperkatakan oleh Al-Quran yg diturunkan lebih 1400 tahun dahulu……ALLAHUAKBAR.!!!