Monday, October 25, 2010

Kecemerlangan Al-Quran Dari Teropong Islam

ayat- ayat al quran ketika berbicara tentang isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah- olahnya bercanggah.sebagai contoh dalam ayat 27- 30 surah an-naziat,allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi.allah berfirman “kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit?allah telah membangunnya.dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya, dan dia menjadikan malamnya gelap gelit, serta menjadikan siangnya terang benderang.dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).”
                akan tetapi dalam dalam ayat 29 surah al baqarah allah mengatakan bahawa bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit.allah berfirman,”dialah(allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju kearah langit lalu dijadikannya 7 langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu.”
                ayat –ayat yang nampak bercanggah ini amat menggembirakan mereka yang ada penyakit hati terutamanya dari kalangan musuh-musuh islam.namun bagi ulama islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan.sebaliknya,bagi mereka ayat-ayat ini menceritakan tentang dimensi langit yang berbeza yang melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.
                dalam al-asas fit tafsir,as-syeikh said hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini.ketika memberi komen  tentang ayat 22-29 dalam surah al-baqarah, beliau berkata,”dalam ayat-ayat ini kalimat langit (iaitu samaa’ dalam bahasa arab) disebutkan sebanyak empat kali, iaitu ‘(menjadikan) langit sebagai bangunan’,’dia menurunkan hujan daripada langit’,’dia menuju ke langit’ dan’dia menjadikan tujuh langit ’.pada pandangan saya, langit dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya.langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya.langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama.adapun ayat yang keempat yang berkaitan dengan tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus.
apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, dan sistem solar hanyalah sebahagian daripadanya, berumur lebih kurang 10 billion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kurang 4.5 billion tahun.ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi.justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa al-quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit.
sebenarnya al quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu jika dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus.namun jika dibandingkan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya,sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan langit.”kenyataan said hawa menunjukkan ayat-ayat al quran berhubung dahulu atau kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain.hal ini disebabkan kejadian langit mempunyai fasa-fasanya.adafasa yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.
dalam konteks ini pandangan imam alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata,”(apa yang boleh difahami ialah) langit sebenarnya dicipta sebelum bumi.bumi dicipta selepas penciptaan langit.selepas itu barulah berlaku penciptaan tujuh lapisan langit.kemudian selepas itu barulah lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti  dengan alam haiwan dan disusuli dengan alam manusia.” pandangan imam alusi ini dinukilkan oleh said hawa dalam al-asas fit tafsir.
justeru,berdasarkan al-quran,langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi.hal ini adalah berdasarkan  kenyataan allah dalam ayat 30 surah an-naziat yang bermaksud,”dan bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).”penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 billion tahun dahulu selepas ledakan big bang.selepas ledakan itu lahirlah bintang-bintang,planet-planet, dan galaksi di langit atau kosmos.
proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 billion tahun dahulu.suhu bumi ketika itu berada ditahap yang amat tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan.selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida ,nitrogen,dan air.gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera yang melitupi bumi.proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi dan atmosfera pula mempunyai tujuh lapis.
hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh dr. michael pidwirny daripada universiti british columbia okanagan di bawah tajuk the universe,earth,natural spheres,and gaia.justeru,ayat-ayat al quran yang menyatakan bahawa langit dicipta selepas penciptaan bumi boleh dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.

No comments: