Saturday, December 25, 2010

Menguasai dua ayat



Allah S.W.T menyuruh umat islam mengkaji dua ayat. Pertamanya ayat-ayat Al-Quran dan keduanya ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta.
Menguasai alquran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia mampu membaca Al Quran dengan baik. Berhubung dengan ini Allah berfirman dalam dalam surah Al ‘Ankabut ayat 45, “ bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada al kitab (Al Quran)….”
Kemampuan membaca Al Quran dengan baik ini perlu disusuli dengan usaha untuk memahaminya dengan cara yang betul. Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 82 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak tadabur Al Quran?Sekiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.”   
Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir Al Azim berpendapat, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi Al Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat Al Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.”
Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Hal ini Allah telah sebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud, “an mereka yang telah kami berikan kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar,mereka itulah yang beriman dengannya. Barangsiapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.”
Berhubung dengan kalimat ‘membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya’ yang terdapat dalam ayat ini, seorang sahabat, Abdullah Ibn Mas’ud berkata, “demi Allah, maksud membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.” Hal ini disebut juga oleh As-Syeikh Said Hawa dalam kitabnya Al-Asas Fit Tafsir.
Selepas penguasaan ayat Al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai ialah ‘ayat-ayat’ yg tersembunyi di alam semesta.’Ayat-ayat’ ini merupakan petanda serta bukti tentang kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Untuk mencapai tujuan ini, umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang terdapat dlam surah Al-Ghasyiah ayat 17-20, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan.”
Ilmu yang diperoleh daripada kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah sekaligus meningkatkan pengabdian kepadaNya. Berhubung dengan ini Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsir Al-Quran Al Azim berkata, “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang,bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengililingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung-ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperolehi bukti tentang kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana.”
Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan dia menggelar mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191 Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan Kami, Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’ .” 
Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir.dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam.
Penghormatan yang Allah berikan kepada golongan yang suka mengkaji alam, sehingga mengglar mereka sebagai ulul albab. Ia merupakan ransangan yang istimewa daripada Allah agar umat Islam mendekati dan mengkaji alam. Dengan itu ketaqwaan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khususnya, antara ciri yangterdapat pada ulul albab ialah suka mengkaji dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi. Pada hari ini, golongan yang banyak mengkaji tentang kejadian langit dan bumi ialah pakar-pakar sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. Maka dalam ayat 190 dalm surah Ali Imran memberi penjelasan berhubung alul albab meransang umat Islam agar menjadi saintis yang sentiasa mengingati Allah.

Friday, October 29, 2010

penyembelihan dalam islam dan pandangan sains




Binatang yang halal dalam islam dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, yang susah ditangkapuntuk disembelih (seperti rusa dan kijang) dan yang kedua, yang mudah ditangkap untuk disembelih (lembu dan kambing). Hal ini dijelaskan Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 94 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya Allah mengujimu denag sesuatu dari binatang buruanmu yang dapat ditangkap oleh tangan-tanganmu dan dengan menggunakan tombak-tombakmu”.
Daging binatang liar yang halal dimakan menjadi halal selepas ia diburu dengan menggunakan senjata tajam dan ia mati selepas dilukai oleh senjata itu. Berhubung dengan ini Adi Ibn Hatim pernah bertanya Nabi tentang binatang yang mati selepas terkena golok. Baginda bersabda, “Jika kamu melempar dengan golok dan golok itu menembusi kulitnya (dan melukainya)  maka makanlah dagingnya. Jika tidak maka janganlah dimakan dagingnya”. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Demikian juga hukumnya (iaitu halal) jika binatang diburu dan ditangkap oleh binatang-binatang liar (seperti anjing) yang terlatih dengan syarat daging binatang yang ditangkap itu tidak dimakan oleh binatang pemburu itu.Dalam Surah Al-Maidah ayat 4 Allah berfirman, “Katakanlah, dihalalkan kepadamu makanan yang baik-baik dan binatang yang diburu oleh anjing yang terlatih yang kamu lepaskan buat memburu binatang sedangkan kamu telah mendidik anjing itu dengan sesuatu yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka bolehlah kamu memakan binatang yang ditangkap oleh anjing itu dan sebutlah nama Allah ketika melepaskannya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat perhitungannya”. 
Berhubung dengan binatang yang mudah ditangkap, ketika melakukan penyembelihan, umat Islam diarahkan agar merehatkan haiwan berkenaan dan kemudian menggunakan sebilah pisau yang tajam memotong bahagian leher haiwan itu.
Dalam konteks ini Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menuntut keelokan dalam setiap perkara…Apabila kamu menyembelih elokkanlah penyembelihanmu. maka tajamkanla pisaumu dan rehatkanlah binatang sembelihanmu”.
Umat Islam dilarang dari menyeksa dan menyakitkan binatang-binatang sebelum penyembelihan dilakukan. Dalam  sebuah riwayat oleh Abdul Razak, Umar Al-Khattab pernah melihat seorang lelaki mengikat kaki seekor kambing dan kemudian mengheretnya ketempat penyembelihan. Umar pun berkata, “ Celaka kamu. Bawalah ia ketempat penyembelihannya dengan cara yang baik”. Tambahan dari itu, perbuatan menajamkan pisau dihadapan haiwan yang bakal disembelih juga dilarang oleh agama.
Mengikut sebuah riwayat oleh Abdullah Ibn Abbas, seorang lelaki selepas membaringkan kambing yang akan disembelihnya, telah mengasah pisaunya dihadapan kambing tersebut. Nabi pun bersabda, “Apakah kamu hendak membunuhnya dan menjadikannya bangkai? Mengapa kamu tidak mengasah pisaumu sebelum kambing itu dibaringkan?”.Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Sembelihan dalam Islam hendaklah dilakukan dengan memutuskan saluran pernafasan (trachea) dan saluran penghadaman (oesophagus) haiwan di samping pembuluh darah arteri karotid (coratid artery)  dan saluran darah jugular (jugular veins) di bahagian kiri dan kanan. Yang tidak boleh dipotong ialah saraf tunjang yang terletak di bahagian leher haiwan itu. 
Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus melimpah keluar sekaligus menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus  pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan kelupur beberapa saat selepas itu.
Haiwan yang disembelih ini menggelupur disebabkan otaknya yang kehilangan oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan berlaku.
Dalam pembentangan yang dibuat oleh Dr. Abdul Majid Katme, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam UK, di symposium yang bertemakan Humane Slaughter and Euthanasia, yang diadakan di Zoological Society Of London, Regent’s Park, pada 18-19 september 1986, beliau berkata sembelihan seperti yang dilakukan  oleh umat Islam adalah saintifik dan hal ini telah disahkan oleh ramai saintis. Beliau menegaskan, “Sebagai contoh, Lord Horder GCVO, MD, FRCP, berkata, ‘Oleh kerana cara sembelihan sebegini tidak menyakitkan di samping menyebabkan kematian yang cepat dalam masa hanya beberapa saat  selepas sembelihan dilakukan, susah hendak kita temui pendekatan yang lebih baik dari ini.
Di peringkat awal  sembelihan binatang yang disembelih berada dalam keadaan diam dan tidak bergerak, kemudian ia meggelupur sebelum menjadi diam dan tidak bergerak semula. Keadaan ini mempunyai sebab musababnya. Oleh kerana haiwan disembelih dengan menggunakan pisau yang tajam oleh seorang yang mahir, ia terus tidak sedarkan diri. Hal ini disebabkan urat darah (di lehernya) telah putus dan ini menyebabkan tekanan darah turun secara mengejut. Haiwan menggelupur selepas lebih kurang 90 saat sembelihan dilakukan disebabkan otak telah kehilangan banyak oksigen serta darah yang banyak (cerebral ischemia with complete anoxaemia). Deria rasa juga turut hilang sejak haiwan itu tidak sedarkan diri di peringkat awal.’
Kenyataan yang lebih kurang sama juga telah dinyatakan oleh Dr. Leonard Hill (1923), Sir Lovatt Evans, Professor Harold Burrow, I.M. Levingen (1979), Professor F. R.Bell dan ramai lagi. Sebahagian kenyataan mereka telah dimuatkan dalam Impact Magazine tahun 1985”.
Sebahagian golongan di barat menganggap cara penyembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah kejam. Justeru mereka mengetengahkan pendekatan baru yang dikenali sebagai tunning sebelum penyembelihan dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang akan disembelih dipengsankan terlebih dahulu agar ia tidak berasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Antara pendekatan yang digunakan ialah Captive Bolt Pistol Stunning atau CBP. CBP menggunakan sejenis pistol yang diisikan dengan peluru dalam bentuk pengancing (bolt) yang ditembak pada kelajuan 55meter/saat dan bagi binatang yang besar 75meter/saat. Terdapat dua jenis besi pengancing yang sering digunakan sebagai peluru. Pertamanya besi pengancing yang merosakkan bahagian utama otak iaitu bahagian serebum dan serebelum dan yang keduanya besi yang sekadar memberi gegaran kuat pada otak. Selepas ditembak, peluru akan memasuki semula kedalam pistol. Kedua-dua pendekatan ini meyebabkan binatang sembelihan jatuh pengsan supaya selepas itu sembelihan dapat dilakukan keatasnya   tanpa binatang itu menderita sakit.
Mengikut kajian terkini yang dilakukan oleh Texas A&M University dan Canada’s Food Inspection Agency, penggunaan pistol untuk menembak besi ke kepala haiwan diikuti dengan tindakan mengenakan kepada otak itu tekanan setinggi 150 paun menyebabkan otak haiwan itu pecah berkecai di dalam badan.
Mengikut Leila Corcoran dalam artikelnya Cattle Stun Gun May Heighten Mad Cow Risk yang dilaporkan didalam Reuters News Service bertarikh 25 julai 1997, keadaan otak yang berkecai ini boleh menjadi penyebab kepada serangan penyakit Lembu Gila atau Bovine Spongiform Encephalopathy yang sering berlaku pada hari ini.
Di samping CBP, sebahagian haiwan dipengsankan dengan mengenakan kejutan elektrik ke dalam otak melalui alat tertentu yang di pasang di kiri dan kanan kepala haiwan.Namun pendekatan ini mempunyai kontroversinya. Dr. Abdul Majid Katme di dalAm pembentangannya di symposium yang sama berkata, “E.H. Callow di dalam bukunya Food Hygiene mengatakan haiwan yang dikenakan kejutan elektrik mengalami kelumpuhan tetapi masih sedar dan boleh mengalami kesakitan. Mengikut Blackmore pada than 1982, perbuatan mengenakan kejutan elektrik secara langsung melalui kepala haiwan adalah suatu perbuatan yang kejam.”
Sesetengah haiwan pula, seperti itik dan ayam, dipengsankan melalui kejutan elektrik dalam tangki air. Untuk tujuan ini, mengikut laporan yang dibuat oleh FAWC, satu pertiga daripada haiwan ini mati (menjadi bangkai) selepas menerima kejutan dan sepertiga yang lain masih sedar dan merasai kesakitan.
Jusretu, di sudut sains,penyembelihan secara islam adalah lebih berperikemanusiaan berbanding dengan pendekatan yang lain. Benarlah Professor Charless Lovett Evans, F.R.C.V.S. (seperti yang dilaporkan oleh Dr. Abdul Majid Katme) ketika beliau berkata, “Sesiapa yang melihat cara sembelihan (Islam) ini menyedari bahawa haiwan yang disembelih tidak bergerak ketika urat darah di leher di potong. Haiwan itu hanya menggelupur selepas seminit masa berlalu dan hal ini disebabkan ketika itu otak sudah kehilangan darah. Di sudut ilmu fisiologi, ketika urat darah dipotong, tekanan darah menjunam ke paras yang rendah. Pada ketika yang sama aliran darah ke otak telah terputus sama sekali dan ini menyebabkan haiwan itu terus tidak sedarkan diri. Pendapat yang mengatakan bahawa haiwan ini menderita sakit ketika sembelihan dilakukan adalah tidak masuk akal.”


Monday, October 25, 2010

Kecemerlangan Al-Quran Dari Teropong Islam

ayat- ayat al quran ketika berbicara tentang isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah- olahnya bercanggah.sebagai contoh dalam ayat 27- 30 surah an-naziat,allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi.allah berfirman “kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit?allah telah membangunnya.dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya, dan dia menjadikan malamnya gelap gelit, serta menjadikan siangnya terang benderang.dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).”
                akan tetapi dalam dalam ayat 29 surah al baqarah allah mengatakan bahawa bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit.allah berfirman,”dialah(allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju kearah langit lalu dijadikannya 7 langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu.”
                ayat –ayat yang nampak bercanggah ini amat menggembirakan mereka yang ada penyakit hati terutamanya dari kalangan musuh-musuh islam.namun bagi ulama islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan.sebaliknya,bagi mereka ayat-ayat ini menceritakan tentang dimensi langit yang berbeza yang melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.
                dalam al-asas fit tafsir,as-syeikh said hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini.ketika memberi komen  tentang ayat 22-29 dalam surah al-baqarah, beliau berkata,”dalam ayat-ayat ini kalimat langit (iaitu samaa’ dalam bahasa arab) disebutkan sebanyak empat kali, iaitu ‘(menjadikan) langit sebagai bangunan’,’dia menurunkan hujan daripada langit’,’dia menuju ke langit’ dan’dia menjadikan tujuh langit ’.pada pandangan saya, langit dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya.langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya.langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama.adapun ayat yang keempat yang berkaitan dengan tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus.
apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, dan sistem solar hanyalah sebahagian daripadanya, berumur lebih kurang 10 billion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kurang 4.5 billion tahun.ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi.justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa al-quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit.
sebenarnya al quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu jika dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus.namun jika dibandingkan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya,sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan langit.”kenyataan said hawa menunjukkan ayat-ayat al quran berhubung dahulu atau kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain.hal ini disebabkan kejadian langit mempunyai fasa-fasanya.adafasa yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.
dalam konteks ini pandangan imam alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata,”(apa yang boleh difahami ialah) langit sebenarnya dicipta sebelum bumi.bumi dicipta selepas penciptaan langit.selepas itu barulah berlaku penciptaan tujuh lapisan langit.kemudian selepas itu barulah lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti  dengan alam haiwan dan disusuli dengan alam manusia.” pandangan imam alusi ini dinukilkan oleh said hawa dalam al-asas fit tafsir.
justeru,berdasarkan al-quran,langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi.hal ini adalah berdasarkan  kenyataan allah dalam ayat 30 surah an-naziat yang bermaksud,”dan bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).”penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 billion tahun dahulu selepas ledakan big bang.selepas ledakan itu lahirlah bintang-bintang,planet-planet, dan galaksi di langit atau kosmos.
proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 billion tahun dahulu.suhu bumi ketika itu berada ditahap yang amat tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan.selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida ,nitrogen,dan air.gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera yang melitupi bumi.proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi dan atmosfera pula mempunyai tujuh lapis.
hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh dr. michael pidwirny daripada universiti british columbia okanagan di bawah tajuk the universe,earth,natural spheres,and gaia.justeru,ayat-ayat al quran yang menyatakan bahawa langit dicipta selepas penciptaan bumi boleh dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.

ISLAM PEMANGKIN KEBANGKITAN SAINS DI BARAT

Mengikut Grolier Encyclopedia,apabila Rom Barat runtuh pada abad ke-5 masihi,bermulalah Zaman Kegelapan di barat.Era ini dikenali sebagai zaman kegelapan kerana ia berkaitan dengan keruntuhan dua tamadun yang dianggap hebat iaitu Rom dan Parsi.Ketika itu ramai kalangan di Eropah tidak tahu membaca dan menulis dan taraf kehidupan mereka amat rendah sekali. Mengikut seorang tokoh sejarah dari Itali, Flavio Biondo, Zaman Kegelapan ini bermula dengan kekalahan Rom Barat di tangan Visogoths pada abad ke-5 masihi.Mengikut sebuah buku teks yang popular di Jerman pada abad ke-17,era ini bermula dengan kejatuhan Maharaja Romulus Augustulus di barat pada tahun 476 masihi.Selepas berlalu masa lebih kurang 1000 tahun,pada tahun 1410 masihi bermulalah era pemodenan di barat.Mengikut pendapat yang lain,era kemodenan ini bermula pada tahun 1453 apabila Kota Konstantinople jatuh ke tangan golongan Islam Turki.
                Victor Robinson ketika menceritakan tentang zaman kegelapan ini dalam The Story of Medicine berkata,”Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu.Eropah  kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi.Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam setiap hari.Eropah  dipenuhi  selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar.Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cardovo tersergam indah.Tokoh-tokoh Eropah  tidak  tahu  menandatanangi nama sendiri sedangkan  anak-anak di Cardovo sudah  ke  sekolah .Tokoh-tokoh  agama  di  Eropah tidak  tahu  membaca  risalah  kristian  sedangkan ulama Islam di Cardovo  membina  kutub khanah  yang besar .’’
          Pada  hari ini  para pengkaji sejarah di Barat lebih cenderung menggunakan istilah Zaman Pertengahan (Middle  Ages ) ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan
(Dark ages) di Eropah. Hal  ini disebabkan ,istilah Zaman Kegalapan mengandungi maksud yang amat negatif  yang mungkin mengelirukan .
Di saat Eropah berada di zaman kegelapan , negara-negara Islam berada di zaman kecemasan . Berhubung dengan ini, Philip K.Hitti dalam The History of  the Arabs berkata,”Orang Islam  Sepanyol berjaya mencatat sejarah keinteluktualan yang agung di zaman pertengahan dahulu. Merekalah sebenarnya pembawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas Masihi .”
Perkara yang sama juga dinyatakan oleh ahli falsafah Britain yang terkenal, Bertrand Russel, dalam bukunya History of Western Philosophy.Beliau berkata,”Penggunaan istilah Zaman Kegelapan untuk menceritakan keadaan yang berlaku antara tahun 699 hingga 1000 masihi menunjukkan bahawa kita terlampau memberi tumpuan kepada dunia Eropah Barat....Sebenarnya, ketika itu tamadun islam yang agung berkembang dengan pesatnya dari India ke Sepanyol.Bagi kita tamadun hanya berada di Eropah Barat sedangkan pandangan ini merupakan satu pandangan yang sempit.”
Selepas sekian lama berada di Zaman Kegelapan, akhirnya barat melalui era kemodenan yang dikenali sebagai Renaissance.Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud kelahiran semula.Ia merupakan Zaman Kebangkitan  budaya dan ilmu di Eropah yang berlaku antara tahun 1300 dan 1600 masihi. Zaman Kebangkitan ini bermula di Itali sebelum ia berkembang ke Jerman, Perancis dan England.Di peringkat awalnya, kebangitan ini tertumpu dalam bidang seni dan kesusasteraan.Antara tokoh yang menonjol di peringkat ini ialah penyair dari Itali yang bernama Petrach dan pelukis yang bernama Giotto.
pada abad ke-17 masihi,lahirlah sainstis-saintis agung di barat seperti galileo, william harvey, isac newton dan robert boyle. mereka melahirkan metodologi sains yang dianggap baru dan dengan itu meledaklah ilmu sains di barat walaupun di peringkat awalnya ia terpaksa bertembung dengan golongan gereja.selepas itu barat tidak pernah menoleh ke belakang lagi. ia terus mengembangkan kemodenan ini dengan mencipta idea-idea dan ciptaan-ciptaan baru hinggalah ke hari ini. apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini? siapakah yang menjadi pemangkin kepada renaissance atau kebangkitan di eropah ini?
marquis of dufferin and ava dalam bukunya speeches berkata,”eropah terhutang budi kepada sains islam, seni islam, dan sastera islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan zaman pertengahan.
perkara yang sama dinyatakan oleh dr. robert briffault dalam bukunya the making of humanity dalam bab dar al-hikmet yang bermaksud, “golongan kristian menikmati kebebasan sepenuhnya di zaman pemerintahan islam di sepanyol. mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. rahib-rahib kristian boleh dilihat berjalan-jalan di cordova(tanpa gangguan) ....golongan yahudi juga menikmati konsep toleransi agama yang diamalkan di bawah pemerintahan islam kesan dari evolusi budaya yang berlaku. konsep dan budaya ini kemudiannya mereka sebarkan di kawasan-kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun ...roger bacon bukanlah tokoh yang memperkenalkan konsep eksperimen dalam ilmu. beliau hanyalah merupakan anak murid kepada sains dan metodolagi islam, dan ilmu yang beliau peroleh ini kemudiannya beliau kembangkan ke barat. beliau tidak pernah jemu untuk mengatakan bahawa bahasa arab sains arab adalah satu-satunya pintu bagi mereka di zamannya untuk mengenali ilmu yang hakiki...sumbangan dari tamadun arab kepada dunia moden yang paling bermakna dalam sains.”
memang benar, tanpa islam, barat tidak akan kenal sains dan teknologi. hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh carleton s.(carly) fiorina, pengerusi (ceo) hewlett-packard company ketika beliau menyampaikan ucapan  yang bertajuk technology, business and our way of life: whats next pada 26 september 2001 di minneapolis, minnesota. beliau berkatam,”pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika, dan padang pasir. di bawah kekuasaanya terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan.
tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasaraya. penulis-penulisnya menulis ribuan cerita.tamadun yang saya meksudkan ialah tamadun islam, yang berkembang dari tahun 800 hingga 1600 masihi. walaupun kita sering kali tidak menyedari betapa terhutang budinya kita kepada tamadun ini.namun hasil yang dicurahkannya telah menjadi sebahagian besar dari warisan kita. industri teknologi tidak akan wujud pada hari ini tanpa sumbangan dari tokoh-tokoh matematik arab.”
untuk lebih memahami sumbangan umat islam ini, mari kita amati apa yang dikatakan oleh robert briffault dalam bukunya the making of humanity dalam bab dar al-hikmet. beliau berkata,”di bawah konsep toleransi agama, golongan kristian hidup penuh kebebasan di bawah pemerintahan khalifah islam di sepanyol. pelajar – pelajar kristian dari pelbagai pelosok eropah datang ke negara arab ini untuk belajar. alvaro, seorang paderi kanan di cordova, menulis pada abad ke-9 masihi,’kesemua pelajar kristian yang berbakat ini mengetahuibahasa dan kesusasteraan arab. mereka membaca dengan penuh minat buku-buku karangan orang arab dan berasa amat kagum dengan kesusasteraannya’. gerbert of aurillac membawa beberapa bahan tentang astronomi dan matematik dari sepanyol untuk mengajar anak-anak muridnya tentang alam serta sistem cakerawala. minatnya yang mendalam tentang ilmu yang dicurinya dari orang-orang islam (knowledges stolen from saracens), mengikut  william of  malmesbury, menjadikannya terkenal di zaman pertengahan dahulu dengan nama faust legends.”
seterusnya, robert briffault berkata,”seorang biarawan dari afrika yang bernama constantine yang pernah menjadi setiausaha kepada robert guiscard, memberikan tumpuan untuk menterjemahkan buku-buku arab dan dengan itu dia memperkenalkan sistem pembelajaran baru dalam keluarga(kristian dari kumpulan) benedict de monte casino. seorang lagi ahli keluarga benedict, adelhard of bath, telah membawa balik banyak buku dari cordova yang kemudiannya disebarkan ke perancis dan england. daniel de morlay, selepas mempelajari ilmu matematik dan astronomi di cordova, dia menerbitkan semula ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya itu dan menjadi seorang pensyarah di oxford.
dalam bab rebirth of europe dalam buku yhe making of humanity, robert briffault berkata,”orang-orang arab memperkenalkan tiga ciptaan untuk eropah. setiap ciptaan ini kemudiannya melahirkan revolusi teknologi yang tersendiri di peringkat global. pertamanya ialah kompas(mariner’s compass). dengannya eropah berkembang ke seluruh pelosok dunia. kedua ialah ubat bedil(gun powder). dengannya berakhirlah era pahlawan berkuda dengan baju perisainya. ketiga ialah kertas. ia membuka jalan kepada ciptaan alat-alat penerbitan yang canggih.”
dunia terutamanya barat sepatutnya berterima kasih kepada umat islam. yanpa sumbangan mereka dunia tidak akn mengecap kemejuan dan kemodenan seperti yang dikecapi pada hari ini. terima kasih islam.